Sim Mei merupakan murid baharu yang sangat sombong dan tidak mahu berkawan dengan sesiapa. Dia rasa dirinya lebih bijak daripada murid-murid lain. Sim Mei enggan duduk bersama rakan sekelas, tidak mahu mengikut arahan guru dan sering mengabaikan kerja sekolah. Rakan-rakannya cuba mendekatinya tetapi sentiasa dibalas dengan sikap dingin.
Apabila Sim Mei dihukum membersihkan tandas kerana sikapnya itu, suatu kemalangan berlaku! Bolehkah Sim Mei menerima bahawa dia memerlukan bantuan rakan-rakan? Apakah yang akan berlaku selepas peristiwa di tandas itu? Dapatkah Sim Mei mengubah sikapnya yang sombong? Ikuti kisah menarik Sim Mei yang penuh pengajaran tentang nilai persahabatan, kerjasama dan kepentingan menghormati orang lain!