Amani terinspirasi membaca buku cerita tentang puteri-puteri yang baik hati dan suka menolong rakyatnya. “Amani pun nak jadi puteri lah!” kata Amani kepada kawannya Yasmin dan Balqis. Dengan semangat berkobar-kobar, Amani mula menjalankan misi puterinya!
Bermula dengan membantu mama mencabut rumput di taman bunga, mengangkat pakaian di ampaian, hinggalah membantu Along mengemas bilik. Namun, lama-kelamaan, tenaganya mula berkurangan dan Amani berasa sangat letih!
“Mama, Amani rasa, Amani tak nak jadi puteri lah…” kata Amani dengan sedih. Mengapakah Amani berubah fikiran? Apakah nasihat bijak mama tentang membantu orang lain? Bagaimanakah Amani menemui makna sebenar menjadi “puteri” yang disayangi semua? Ikuti kisah menggemaskan yang mengajar tentang nilai membantu mengikut kemampuan diri dan melakukan kebaikan dengan ikhlas!