Amani sangat gembira kerana cuti sekolah sudah tiba! Tetapi kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila dia mula berasa bosan. Semua buku cerita yang mama belikan sudah habis dibaca dan televisyen di rumah pula tiba-tiba rosak.
Bila mak usu yang disayangi pulang dari Amerika Syarikat, Amani begitu teruja! Mak usu membawa kejutan istimewa dan mengajar Amani membuat gelang manik yang cantik.
Adakah Amani dapat mengatasi kebosanannya? Ikuti kisah menarik Amani yang penuh pengajaran tentang cara memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan menyeronokkan.