Anis baru sahaja membaca buku Satria Bulan Bintang dan terinspirasi untuk menjadi supergirl. Dia ingin menolong semua orang termasuk kawan-kawannya dalam pelajaran dan memberi makan kucing yang kelaparan. Anis juga membantu mama dan papa membersihkan rumah. Adakah Anis akan berjaya menjadi supergirl seperti yang diimpikannya? Dan adakah Anis gembira menjalani kehidupan hariannya seperti ini?